Teratak Warisan telah di tubuhkan dari tahun 2005. kami menjalankan Urutan Tradisional, membetul urat saraf dan membantu memulihkan masaalah
tenaga batin. Urutan Tradisional nie adalah turun- temurun urutan
melayu lama, dan di kendalikan oleh saudara Arjuna (ajun). Urutan
tradisional ini beroperasi dari jam 4.30 petang hingga 2 pagi, di lokasi No 26 jln 7/1 Tmn Putra Perdana Puchong, kerana permintaan yang banyak
saudara ajun telah mengajar yang secara langsung menjadi pembantu iaitu
saudara saiful dan saudara usuf (18 thn ).
Saudara Arjuna
(Pengasas Teratak Warisan )

Kebaikan Mengurut
ReplyDeleteDari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.
Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.
Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.
Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.
Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.
Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.
Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.
Antara pantang-larang berurut:-
Ø Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.
Ø Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.
Ø Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.
Ø Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.
Brp no tepon?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerlu buat temujanji ke utk berurut?
ReplyDelete